NAJWA LATIF- AKU

Saturday, 12 December 2015

RINGKASAN PENYELESAIAN MASALAH

Kaedah Penyelesaian Masalah

MASALAH DAN ISU
Masalah boleh dikategorikan kepada misteri, puzzle, dilema dan peluang. Masalah merupakan sesuatu perkara yang perlu diselesaikan dengan cepat, manakala isu pula merupakan satu perkara yang perlu ditangani dengan berhati- hati( solve a problem and resolve the issue). Jika masalah tidak diselesaikan ia akan menjadi isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH
Seseorang individu itu mempunyai kemampuan yang berbeza- beza dalam menyelesaikan masalah. Menurut Francis (1990), terdapat empat ciri penting yang membolehkan seseorang individu itu mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan. 

1. Motivasi yang kuat
Seseorang yang mampu menyelesaikan masalah akan berusaha mengatasi kesukaran dan cuba untuk mengatasi halangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Penyelesai masalah selalu mengharapkan kemenangan, mempunyai dorongan dalaman untuk mengatasi masalah dan tidak mudah berputus asa. Mereka mampu melipat gandakan usaha jika masalah menjadi rumit. Contohnya Thomas Edison, dia telah melakukan lebih daripada 9000 ekspirimen untuk menyempurnakan dan memurnikan lampu mentol.

2. Trait yang Positif
Penyelesai masalah mempunyai emosi yang stabil membolehkan mereka menyelesaikan masalah secara objektif. Selain itu seorang penyelesai masalah mempunyai trait iaitu mereka boeh bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai kejayaan. Mereka juga perlulah pintar bagi membolehkan sesuatu masalah itu dapat diselesaikan. Akhir sekali, mereka tidak mudah bosan dalam menyelesaikan masalah (disebut oleh Baden-Powell sebagai “stickability”). Contohnya, pihak polis di London telah menemubual 154,000 orang sebelum menyelesaikan satu kes pembunuhan dimana pembunuh yang sebenar telah dapat dibawa kemuka pengadilan.

3. Jati diri
Penyelesai masalah yakin bahawa dia boleh melakukan sesuatu tetapi mereka sedar akan kekurangan dan batasan yang dihadapi. Mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang timbul.

4. Membina kemahiran
Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan pelbagai teknik model dalam penyelesain masalah yang boleh dipelajari melalui kursus- kursus pengurusan jangka pendek dan panjang. Menurut Chang dan Kelly (1993), terdapat enam langkah dalam model penyelesaian masalah iaitu kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelelesaian yang terbaik, bentuk plan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian. Manakala menurut Francis (1990) terdapat lapan langkah dalam model peyelesaian massalah iaitu Tuning in, objective setting, Success measurement, information collection, decision- making, planning, action dan review to improve. Penyelasai masalah yang menggunakan model tersebut merupakan penyelesai masalah secara saintifik dan logik.

KATEGORI MASALAH

Kita perlulah mengenalpasti jenis masalah kerana setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian yang tersendiri. Menurut Francis (1990) terdapat enam jenis masalah iaitu :

1. Misteri
Misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada kedaan yang biasa atau diharapkan.kita tidak boleh berfikir menggunakan akal fikiran tentang sebab berlakunya perkara tersebut. Kadang-kadang ada sebab tetapi sukar untuk diungkapkan. Contohnya letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang telah mengorbankan semua angkasawan.

2. Tugasan (Assignment)
Tugasan ialah kerja yang diberikan oleh seseorang dan diberikan perincian tentang kriteria yang perlu ada serta objektif pencapaian.tugasan merupakan kontrak diantara ketua (atau klien) dan orang yang menjalankan kerja tersebut. Contoh doktor memberi tugasan apabila dia menyuruh pesakitnya untuk akan ubat.

3. Kesukaran (Difficulties)
Kadang- kadang kita tahu apa yang hendak dilakukan tetapi ia agak rumit. Kesukaran boleh berlaku disebabkan oleh tidak tahu menguruskan situasi dan merasakan sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu subjektif (sifat negatif atau mental blok yang ada pada seseorang individu) dan kesukaran objektif (perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahiran, ilmu, pengetahuan dan motivasi)

4. Peluang ( Oppurtunities)
Peluang itu akan memberi keuntungan. Apabila melihat peluang kita perlulah mengekploitasinya agar mendatangkan keuntungan. Contoh Syarikat Canon Jepun mengambil peluang yang ada dengan mencipta satu mesin fotostat yang lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana berbanding mesin fotosstat daripada Xerox Corporation. 

5. Tidak pasti (Puzzles)
Dalam sesuatu masalah kita tahu ada jalan penyelesaian tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul. Untuk menyelesaikan “puzzles” kita perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk menyelesaikan masalah. Contohya tenggelamnya kapal Titanic di lautan Atlantik sejak beberapa tahun yang lalu dan tidak ada seorang pun dapat menunjukkan tempat sebenar kapal itu tenggelam.

6. Dilema
Dilema adalah satu keadaan dimana sukar untuk kita mencari jalan penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Dilema tidak boleh diselesaikan dengan komputer tetapi ia memerlukan penyelesaian kemanusiaan melalui perasaan manusia.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK

Langkah Pertama: Mendefinisikan masalah
Mendefinasikan masalah sangat penting agar penyelesaian yang diingini dapat dicapai. Jika kita mendefinisikan masalah secara sistematik kita akan dapati banyak masalah yang hilang ketika kita mendifinasikannya dan banyak masalah baru yang timbul yang selama ini kita tidak tahu bahawa perkara itu adalah satu masalah. Adalah penting untuk memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah.

Langkah Kedua: Mengkelaskan Masalah
Cara mengkelaskan masalah adalah berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang dihadapi oleh sesuatu masalah. Setelah mengenal pasti risiko masalah kita perlulah menyelesaikan masalah yang berisiko tinggi. Untuk memudahkan proses kita perlulah membahagikan masalah mengikut kategori misteri, “assignment”, kesukaran, peluang, “puzzles” dan dilema.

Langkah Ketiga: Tentukan Objektif
Menentukan objektif dalam penyelesaian masalah sangat penting kerana ia menentukan apa yang diingini daripada aktiviti yang hendak kita lakukan. Objektif yang hendak dicapai perlulah jelas, mudah difahami dan praktikal.

Langkah keempat: Tentukan Ukuran Kejayaan
Ukuran kejayaan sebagai satu piawaian yang dapat mengukur kejayaan dalam penyelesaian sesuatu masalah. Kriteria kejayaan perlulah ditentukan terlebih dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan.  

Langkah Kelima: Kutipan Data
Penyelesaian masalah secara logikal memerlukan proses pengumpulan data yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Semua faktor yang menjadi punca sesuatu masalah perlulah dikumpul. Proses penyelesaian masalah ini digunakan dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi, dan sains sosial. Maklumat sesuatu masalah boleh diperoleh daripada pengalaman, pemerhatian dan kajian. Kemahiran pemikiran yang kreatif, mengenal pasti maklumat yang relevan dan boleh digunakan dalam proses penyelesaian masalah diperlukan dalam proses mengumpul maklumat. 

Pengumpulan maklumat terbahagi kepada lima peringkat. Pertama, mengenal pasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatkannya. Sekiranya kita tidak tahu akan sesuatu perkara kita perlulah mencari seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Kedua, kita perlu mengenal prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir yang kebiasaanya kita persoalkan cara untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ketiga, kenal pasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat dimana ia boleh dilakukan dengan proses kreativiti dan eksperimen. Keempat, menstrukturkan maklumat agar mudah difahami. Satu kaedah yang selalu digunakan adalah kaedah tulang ikan yang dipelopori oleh Simon Mijaro. Kelima, membina opsyen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dan data yang dikumpul.
    
 Langkah Keenam: Membuat Keputusan
Untuk membuat keputusan yang efektif, seorang pengurus perlulah menggunakan pendekatan yang betul. Pendekatan yang baik ialah mendapat consensus daripada semua staf didalam memilih opsyen yang ingin dilaksnakan. Syarikat Jepun banyak menggunakan kaedah stail consensus di dalam membuat keputusan berbanding dengan korporat barat yang menggunakan sistem autokratik di mana semua keputusan dibuat oleh pihak pengurusan. Dalam membuat keputusan, kos untuk melaksanakan opsyen yang dipilih perlulah diambil kira.
  
Langkah Ketujuh: Melaksanakan Keputusan Yang Diambil
Ketika melaksanakan keputusan perkara seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan perlulah diambil kira. Keyakinan bermaksud mempunyai pengetahuan tentang apa yang hendak dibuat. Manakala kesungguhan bermaksud kecekalan hati untuk mengatasi segala rintangan dan matlamatnya ialah untuk mencapai kejayaan. Sifat kesungguhan bukanlah satu anugerah tetapi ia dapat dipupuk melalui proses latihan.mempunyai objektiviti merupakan sifat yang selalu meneliti apa yang hendak dibuat dan memantau apa yang sedang dilaksanakan. Kemahiran merupakan syarat penting untuk melakukan segala tugasan. Penyesuaian ialah kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan semua keadaan yang berubah. Kebolehan untuk bekerja dalam kumpulan mempunyai kecekapan dan tahap motivasi yang tinggi.

Penilaian(Review)
Penilaian sangat penting kerana ia memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil. Kajian yang dibuat mendapati cara menyelesaikan masalah secara logikal sesuai untuk kerja senggaraan bukan kerja inovasi kerana berfikir secara logikal tidak mampu melahirkan idea-idea baru.  

Penyelesaian Masalah Secara Saintifik

1. Mengadakan hipotesis
Hipotesis seperti mengesahkan sama ada betul atau tidak Charles Darwin sendiri berasal daripada sepsis monyet  perlu diuji dan dibuktikan sama ada ianya betul atau salah.

2. Mengumpul maklumat
Peringkat ini dapat membezakan sesuatu kaedah itu  sintifik atau tidak saitifik. Bagi kaedah tidak saintifik setiap hipotesis atau assumption dianggap benar tanpa perlu ada bukti tentang kebenarannya.

3. Membuat kesimpulan
Satu kesalahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang dibuat secara tergesa-gesa (hasty generalisation atau paras pro toto) di mana dengan hanya satu bukti (yang kadang-kadang sangat lemah) terus dibuat sebagai kesimpulan. Sikap siantifik akan menagguhkan sebarang keputusan selagi belum memperoleh bukti atau maklumat yang tepat berkaitan sesuatu hipotesis.

Penyelesaian Masalah Secara Kreatif/ Lateral
Faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian yang kreatif ialah kerana, kita terlalu mempermudahkan sesuatu masalah, kita tidak mahu melihat lebih jauh daripada depan mata kita, dan kita tidak menyoal tentang semua andaian yang kita gunakan. 
Terdapat beberapa ciri untuk menyelesaikan masalah secara kretif atau lateral. Pertama, ia tidak bersifat kritikal seprti kaedah logik dimana ia suka menunda penialaian keran ia lebih mementingkan idea-idea baru tanpa mempedulikan ianya betul atau salah. Kedua, ia tidak bersifat analitikal seperti saintifik yang cuba memahami masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk mematuhi kebenaran.  Kaedah kretif dalam menyelesaikan sesuatu masalah bukannya menganalisis punca tetapi mencipta penyelesaian yang diangap membawa keuntungan. Kaedah kreatif dan lateral juga bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan tanpa diikat oleh logik sebab- akibat. Dengan sifat antilogik atau “water logic” ia bebas menerbitkan idea yang gila-gila dan songsang asalkan dapat membawa perubahan dan keuntungan. Matlamat pemikiran kreatif dan lateral ialah meruntuhkan tembok yang membelenggu kemajuan berfikir selama ini seumpama kebekuan fungsi (functional fixedness) atau kebekuan mental (mental set) yang menghalang seseorang melihat sudut baru dalam pemikirannya. 

Edward de Bono telah menjelaskan dalam bukunya, Six Thinking Hats (1985)” harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang secara berkumpulan.  

1. Topi Hijau
Sebagai lambang pemikiran yang kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea, topi ini perlu dipakai diperingkat permulaan untuk mencari idea alternatif.

2. Topi Kuning
Sebagai lambang pemikiran positif dan konstruktif, topi ini perlu dipakai untuk melihat faedah dan kebaikan setiap idea, terutamanya yang banyak mengandungi kelemahan.

3. Topi Putih
Sebagai lambang pemikiran objektif, topi ini dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

4. Topi Hitam
Sebagai lambang pemikiran negatif dan kritikal, topi ini bertujuan untuk mencari unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

5. Topi Merah
Sebagai lambang pemikiran emotif, topi ini dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea tertentu.

6. Topi Biru
Sebagai lambang langit diatas, topi ini dipakai oleh ketua untuk mengawasi topi lain bekerja.

Dalam buku “Six Action Shoes” (Edwad de Bono) keadah Enam Kasut Bertindak seperti: 

1. Kasut formal biru laut (Navy formal shoes) iaitu tindakan secara formal, biasa, mudah dan ringkas seperti kerja-kerja rutin.

2. Kasut kelabu (Grey sneakers), iaitu tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.

3. Kasut perang (Brown brogues) iaitu tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibal dan berkesan.

4. Boot oren (Orange gumboots) iaitu tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani.

5. Selipar merah jambu (Pink slippers) iaitu tindakan secara prihatin, perikemanusian, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.

6. Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes) iaitu tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.  

Penyelesaian Masalah Melalui Perasaan
Disebabkan terdapat kelemahan dan kegagalan dalam kaedah menyelesaikan masalah melalui pemikiran, maka wujudlah kaedah penyelesaian masalah melalui emosi atau perasaan. Kaedah pengurusan emosi ini berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang digunakan oleh Peter Salovey dari Universiti Harvard pada tahun 1990.

Konsep EQ ini kemudian dikembangkan oleh Daniel Goleman dari Universiti Harvard dalam bukunya yang berjudul “Emotional Intellegence” pada tahun 1995. Konsep kecerdasan emosi (EQ) tidak menekankan kepintaran atau pemikiran seseorang tetapi ia menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Menurut Salovey, kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama iaitu, kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain dan kebolehan menjalin persaudaraan. 

Kebolehan ini tidak dimiliki oleh individu sepenuhnya, tetapi ia dimiliki oleh orang-orang yang berbeza. Namun penting bagi seseorang individu mempunyai kebolehan dan kemahiran tersebut melalui latihan dan pengalaman dalam menghadapi masalah tertentu. Pendekatan melalui perasaan dalam menyelesaikan masalah sangat bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Sikap sabar, tenang dan waspada sangat diperlukan.

PENYELESAIAN SECARA ISLAM
Penyelesaian masalah secara Islam (al-Halli al-Ilami) mempunyai dua corak yang popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Walaupun kedua-dua pendekatan ini kelihatan terpisah tetapi ia saling melengkapi kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara keseluruhannya.  

Pendekatan Hukuman
Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Hukum qat’I dan Ijtihadi merupakan hukum yang tegas dan jelas tentang hukum ibadat, munakahat, dan jinayat hudud. Sebagai hukum yang jelas daripada Al-Quran dan al-Hadith, kesemuanya patut dipatuhi kecuali jika, darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua dan cacat mental. Jadi prinsip hukum merupakan sifat ubudiyah, bukannya sifat rasional dngan berfikir dulu sebelum melaksanakannya. Adapun hukum ijtihad yang bersifat rasional dimana ia berubah-ubah menurut masa dan tempat tetapi perlulah bersandarkan syarak Islam. Hasil daripada kegiatan ijtihad oleh tokoh-tokoh Imam Mujtahid maka berkembanglah pemikiran Islam dalam bidang hukum yang meliputi aspek ibadat, munakahat, muamalt, jinayat dan juga khilafah atau pemerintahan. Pada umumnya ciri (khasais) syarat Islam adalah Rabbani (ketuhanan), Alamiah (universal), Syumul (menyeluruh) dan Wasatiyyah (seimbang).   

Pendekatan Sufi
Pendekatan sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Terdapat sesetengah pihak menganggap hukum bersifat tegas dan keras tetapi pendekatan sufi bertindak lembut dan lunak. Penyelesaian masalah sufi memerlukan tiga perkara pokok iaitu, hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. 
Kedah penyelesaian masalah sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi: dimensi horizontal (proses tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri (takhalli) dari sifat- sifat buruk (mazmumah) dan menghias diri (tahaffi) dengan sifat- sifat baik (mahmuddah) ) dan dimensi vertical.