NAJWA LATIF- AKU

Friday 22 May 2015

SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA


Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Ianya terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau bagaimanapun, Ketua  atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan  dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.



Yang di-Pertuan Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 1933 dan juga  merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960 ketika berusia 64 tahun. Beliau mangkat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

                                    Raja Permaisuri Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin 
Almarhumah Tuanku Puan Besar Kursiah telah  diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri MenantiNegeri Sembilan. Baginda merupakan Permaisuri Agong yang Pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangkatan Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960. Baginda mangkat pada 2 Februari 1999 di Kuala Lumpur  ketika berusia 87 tahun.  


Yang di-Pertuan Agong Kedua
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah 
Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 13 Mei 1898 di Istana Bandar Temasha, Kuala Langat, Selangor. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima pada tahun 1938. Baginda telah mangkat pada 2 September 1960 di Istana Tetamu, Kuala Lumpur  ketika berusia 62 tahun.

Raja Permaisuri Agong Kedua
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah binti Almarhum Raja Ahmad
Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah telah diputerikan pada tahun 1900 di Bandar Termasha, Kuala LangatSelangor. Baginda  merupakan Raja Permaisuri Agong Kedua yang bertakhta mulai 1 April 1960 sehinggalah kemangkatan Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1 September 1960. Baginda telah mangkat pada 8 April 1973.


Yang di-Pertuan Agong Ketiga
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Almarhum Tuanku Syed Putra telah diputerakan pada 25 November 1920 di Arau, Perlis. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Ketiga yang bertakhta dari 21 September 1960 sehingga 20 April 1965 dan merupakan Raja Perlis pada tahun 1945. Baginda telah mangkat pada16 April 2000 di Kuala Lumpur  ketika berusia 79 tahun.

Raja Permaisuri Agong Ketiga

Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
Almarhumah Tengku Budriah telah diputerikan pada 24 Mac 1928 di Kuala Krai, Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ketiga yang bertakhta dari 21 September 1960 sehingga 20 April 1965Baginda telah mangkat pada28 November 2008 di Hospital Kuala Lumpur  ketika berusia 80 tahun.


Yang di-Pertuan Agong Keempat
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah 
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keempat yang bertakhta dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970Baginda mewarisi takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1945 hinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1979. Baginda telah mangkat pada 20 September 1979 di Istana Badariah. Kuala Terengganu ketika berusia 72 tahun.

Raja Permaisuri Agong Keempat
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja 
Almarhumah Tengku Intan Zaharah telah diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Keempat yang bertakhta dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Baginda telah mangkat pada 24 Januari 2015 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur ketika berusia 86 tahun.


Yang di-Pertuan Agong Kelima
Seri Paduka Baginda Al- Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah telah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelima yang bertakhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed PutraRaja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kedah pada tahan 1958, setelah kemangkatan ayahandanya Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

         Raja Permaisuri Agong Kelima
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah telah diputerikan pada 24 Ogos 1930 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan Yang Raja Permaisuri Agong Kelima yang bertakhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Baginda telah mangkat pada 26 Ogos 2003 di Istana Kuala Cegar, Alor Setar, Kedah ketika berusia 73 tahun.


Yang di-Pertuan Agong Keenam
Seri Paduka Baginda Almarhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim 
Almarhum Tengku Yahya Petra  telah diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keenam yang bertakhta dari 21 September 1975 sehingga 29 Mac 1979Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kelantan dari tahun 1960 hingglah kemangkatannya. Baginda telah mangkat pada 29 Mac 1979 di Istana Negara, Kuala Lumpur  ketika berusia 61 tahun.

Raja Permaisuri Agong Keenam
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Zainab binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Mohamed Petra
Almarhumah Tengku Zainab telah diputerikan pada 7 Ogos 1917. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Keenam yang bertakhta dari 21 September 1975 sehinggalah kemangkatan Almarhum Tengku Yahya Petra iaitu pada 29 Mac 1979Baginda telah mangkat pada 10 Januari 1993 di Istana Negeri, Kota Bharu, Kelantan ketika berusia 75tahun.




Yang di-Pertuan Agong Ketujuh
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tungga, Pekan, Pahang. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Ketujuh yang bertakhta dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984. Baginda mewarisi takhta kerajaaan negeri Pahang pada tahun 1974 setelah kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah. 

Raja Permaisuri Agong Ketujuh
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad
Almarhumah Tengku Hajah Afzan telah diputerikan pada 4 Disember 1933 di KUala Terengganu. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ketujuh yang bertakhta dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984. Baginda telah mangkat pada 29 Jun 1988 di Pekan, Pahang ketika berusia 54 tahun.



Yang di-Pertuan Agong Kelapan
Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi 
Almarhum Sultan Iskandar telah diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bharu. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelapan yang bertakhta dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Baginda telah mangkat pada 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bharu ketika berusia 77 tahun.

Raja Permaisuri Agong Kelapan
Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Panglima Raja Ahmad 
Tuanku Puan Zanariah telah diputerikan pada 5 Julai 1940 di Pasir Mas, Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Kelapan yang bertakhta dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad bin Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Tengku Panglima Raja berperanan sebagai penabal Al Sultan Kelantan. 

 

Yang di-Pertuan Agong Kesembilan
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah 
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diputerakan pada 19 April 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesembilan yang bertakhta dari 26 April 1989 - 25 April 1994Baginda merupakan sultan dari negeri Perak Darul RidzuanBaginda telah mangkat pada 28 Mei 2014 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur ketika berusia 86 tahun


              Raja Permaisuri Agong Kesembilan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Perak, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Tuanku Siti Bainun telah diputerikan pada 7 November 1932 di Pulau Pinang. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Kesembilan yang bertakhta dari 26 April 1989 - 25 April 1994 dan Raja Permaisuri Perak ke-34. Baginda merupakan rakyat jelata pertama sebagai Raja Permaisuri Agong. 



Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 
Almarhum Tuanku Jaafar telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh yang bertakhta dari 26 April 1994 sehingga 25 April 1999. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Baginda telah mangkat pada 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan ketika berusia 86 tahun.

Raja Permaisuri Agong Kesepuluh
Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Tuanku Najihah telah diputerikan pada 1 September 1924 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Kesepuluh yang bertakhta dari 26 April 1994 sehingga 25 April 1999. 


Yang di-Pertuan Agong Kesebelas
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah 
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diputerakan pada 8 Mac 1926 di Kuala Langat, Selangor. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesebelas yang bertakhta dari 26 April 1999 sehingga 21 November 2001. Baginda ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan telah menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 – 2001). Baginda telah mangkat pada 21 November 2001 di Kuala Lumpur ketika berusia 75 tahun. 

Raja Permaisuri Agong Kesebelas
Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman 
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesebelas yang bertakhta dari 26 April 1999 sehingga 21 November 2001. 


                                 

Yang di-Pertuan Agong Keduabelas
Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Tuanku Syed Sirajuddin telah diputerakan pada 17 Mei 1943 di Arau, Perlis. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keduabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2001 sehingga 12 Disember 2006. Baginda telah mewarisi takhta sejak 17 April 2000 berikutan kemangkatan ayahandanya. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.

Raja Permaisuri Agong Keduabelas
Seri Paduka Baginda Tenku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid
Tenku Fauziah telah diputerikan pada 6 Jun 1946 di Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri  Agong Keduabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2001 sehingga 12 Disember 2006. Pada 14 Julai 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis.


Yang di-Pertuan Agong Ketigabelas
Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Tuanku Zainal Abidin telah diputerakan pada 22 Januari 1962 di Kuala Terengganu. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Ketigabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2006 sehingga 12 Disember 2011. Pada 26 April 2007 secara rasminya baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke-16.

Raja Permaisuri Agong Ketigabelas
Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri
Tuanku Nur Zahirah atau nama sebenar beliau Siti Rozita Binti Adil Bakeri telah dilahirkan pada 7 Disember 1973 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ketigabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2006 sehingga 12 Disember 2011. 


Yang di-Pertuan Agong Keempatbelas
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah 
Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keempatbelas yang bertakhta dari 13 Disember 2011 sehingga kini. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Raja Permaisuri Agong Keempatbelas
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun
Tuanku Sultanah Hajjah Haminah telah dilahirkan pada 15 Julai 1953 di BAgan Serai, Perak. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Keempatbelas yang bertakhta dari 13 Disember 2011 sehingga kini. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah.

No comments:

Post a Comment