NAJWA LATIF- AKU

Saturday, 12 December 2015

RINGKASAN PENYELESAIAN MASALAH

Kaedah Penyelesaian Masalah

MASALAH DAN ISU
Masalah boleh dikategorikan kepada misteri, puzzle, dilema dan peluang. Masalah merupakan sesuatu perkara yang perlu diselesaikan dengan cepat, manakala isu pula merupakan satu perkara yang perlu ditangani dengan berhati- hati( solve a problem and resolve the issue). Jika masalah tidak diselesaikan ia akan menjadi isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH
Seseorang individu itu mempunyai kemampuan yang berbeza- beza dalam menyelesaikan masalah. Menurut Francis (1990), terdapat empat ciri penting yang membolehkan seseorang individu itu mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan. 

1. Motivasi yang kuat
Seseorang yang mampu menyelesaikan masalah akan berusaha mengatasi kesukaran dan cuba untuk mengatasi halangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Penyelesai masalah selalu mengharapkan kemenangan, mempunyai dorongan dalaman untuk mengatasi masalah dan tidak mudah berputus asa. Mereka mampu melipat gandakan usaha jika masalah menjadi rumit. Contohnya Thomas Edison, dia telah melakukan lebih daripada 9000 ekspirimen untuk menyempurnakan dan memurnikan lampu mentol.

2. Trait yang Positif
Penyelesai masalah mempunyai emosi yang stabil membolehkan mereka menyelesaikan masalah secara objektif. Selain itu seorang penyelesai masalah mempunyai trait iaitu mereka boeh bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai kejayaan. Mereka juga perlulah pintar bagi membolehkan sesuatu masalah itu dapat diselesaikan. Akhir sekali, mereka tidak mudah bosan dalam menyelesaikan masalah (disebut oleh Baden-Powell sebagai “stickability”). Contohnya, pihak polis di London telah menemubual 154,000 orang sebelum menyelesaikan satu kes pembunuhan dimana pembunuh yang sebenar telah dapat dibawa kemuka pengadilan.

3. Jati diri
Penyelesai masalah yakin bahawa dia boleh melakukan sesuatu tetapi mereka sedar akan kekurangan dan batasan yang dihadapi. Mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang timbul.

4. Membina kemahiran
Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan pelbagai teknik model dalam penyelesain masalah yang boleh dipelajari melalui kursus- kursus pengurusan jangka pendek dan panjang. Menurut Chang dan Kelly (1993), terdapat enam langkah dalam model penyelesaian masalah iaitu kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelelesaian yang terbaik, bentuk plan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian. Manakala menurut Francis (1990) terdapat lapan langkah dalam model peyelesaian massalah iaitu Tuning in, objective setting, Success measurement, information collection, decision- making, planning, action dan review to improve. Penyelasai masalah yang menggunakan model tersebut merupakan penyelesai masalah secara saintifik dan logik.

KATEGORI MASALAH

Kita perlulah mengenalpasti jenis masalah kerana setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian yang tersendiri. Menurut Francis (1990) terdapat enam jenis masalah iaitu :

1. Misteri
Misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada kedaan yang biasa atau diharapkan.kita tidak boleh berfikir menggunakan akal fikiran tentang sebab berlakunya perkara tersebut. Kadang-kadang ada sebab tetapi sukar untuk diungkapkan. Contohnya letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang telah mengorbankan semua angkasawan.

2. Tugasan (Assignment)
Tugasan ialah kerja yang diberikan oleh seseorang dan diberikan perincian tentang kriteria yang perlu ada serta objektif pencapaian.tugasan merupakan kontrak diantara ketua (atau klien) dan orang yang menjalankan kerja tersebut. Contoh doktor memberi tugasan apabila dia menyuruh pesakitnya untuk akan ubat.

3. Kesukaran (Difficulties)
Kadang- kadang kita tahu apa yang hendak dilakukan tetapi ia agak rumit. Kesukaran boleh berlaku disebabkan oleh tidak tahu menguruskan situasi dan merasakan sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu subjektif (sifat negatif atau mental blok yang ada pada seseorang individu) dan kesukaran objektif (perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahiran, ilmu, pengetahuan dan motivasi)

4. Peluang ( Oppurtunities)
Peluang itu akan memberi keuntungan. Apabila melihat peluang kita perlulah mengekploitasinya agar mendatangkan keuntungan. Contoh Syarikat Canon Jepun mengambil peluang yang ada dengan mencipta satu mesin fotostat yang lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana berbanding mesin fotosstat daripada Xerox Corporation. 

5. Tidak pasti (Puzzles)
Dalam sesuatu masalah kita tahu ada jalan penyelesaian tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul. Untuk menyelesaikan “puzzles” kita perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk menyelesaikan masalah. Contohya tenggelamnya kapal Titanic di lautan Atlantik sejak beberapa tahun yang lalu dan tidak ada seorang pun dapat menunjukkan tempat sebenar kapal itu tenggelam.

6. Dilema
Dilema adalah satu keadaan dimana sukar untuk kita mencari jalan penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Dilema tidak boleh diselesaikan dengan komputer tetapi ia memerlukan penyelesaian kemanusiaan melalui perasaan manusia.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK

Langkah Pertama: Mendefinisikan masalah
Mendefinasikan masalah sangat penting agar penyelesaian yang diingini dapat dicapai. Jika kita mendefinisikan masalah secara sistematik kita akan dapati banyak masalah yang hilang ketika kita mendifinasikannya dan banyak masalah baru yang timbul yang selama ini kita tidak tahu bahawa perkara itu adalah satu masalah. Adalah penting untuk memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah.

Langkah Kedua: Mengkelaskan Masalah
Cara mengkelaskan masalah adalah berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang dihadapi oleh sesuatu masalah. Setelah mengenal pasti risiko masalah kita perlulah menyelesaikan masalah yang berisiko tinggi. Untuk memudahkan proses kita perlulah membahagikan masalah mengikut kategori misteri, “assignment”, kesukaran, peluang, “puzzles” dan dilema.

Langkah Ketiga: Tentukan Objektif
Menentukan objektif dalam penyelesaian masalah sangat penting kerana ia menentukan apa yang diingini daripada aktiviti yang hendak kita lakukan. Objektif yang hendak dicapai perlulah jelas, mudah difahami dan praktikal.

Langkah keempat: Tentukan Ukuran Kejayaan
Ukuran kejayaan sebagai satu piawaian yang dapat mengukur kejayaan dalam penyelesaian sesuatu masalah. Kriteria kejayaan perlulah ditentukan terlebih dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan.  

Langkah Kelima: Kutipan Data
Penyelesaian masalah secara logikal memerlukan proses pengumpulan data yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Semua faktor yang menjadi punca sesuatu masalah perlulah dikumpul. Proses penyelesaian masalah ini digunakan dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi, dan sains sosial. Maklumat sesuatu masalah boleh diperoleh daripada pengalaman, pemerhatian dan kajian. Kemahiran pemikiran yang kreatif, mengenal pasti maklumat yang relevan dan boleh digunakan dalam proses penyelesaian masalah diperlukan dalam proses mengumpul maklumat. 

Pengumpulan maklumat terbahagi kepada lima peringkat. Pertama, mengenal pasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatkannya. Sekiranya kita tidak tahu akan sesuatu perkara kita perlulah mencari seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Kedua, kita perlu mengenal prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir yang kebiasaanya kita persoalkan cara untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ketiga, kenal pasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat dimana ia boleh dilakukan dengan proses kreativiti dan eksperimen. Keempat, menstrukturkan maklumat agar mudah difahami. Satu kaedah yang selalu digunakan adalah kaedah tulang ikan yang dipelopori oleh Simon Mijaro. Kelima, membina opsyen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dan data yang dikumpul.
    
 Langkah Keenam: Membuat Keputusan
Untuk membuat keputusan yang efektif, seorang pengurus perlulah menggunakan pendekatan yang betul. Pendekatan yang baik ialah mendapat consensus daripada semua staf didalam memilih opsyen yang ingin dilaksnakan. Syarikat Jepun banyak menggunakan kaedah stail consensus di dalam membuat keputusan berbanding dengan korporat barat yang menggunakan sistem autokratik di mana semua keputusan dibuat oleh pihak pengurusan. Dalam membuat keputusan, kos untuk melaksanakan opsyen yang dipilih perlulah diambil kira.
  
Langkah Ketujuh: Melaksanakan Keputusan Yang Diambil
Ketika melaksanakan keputusan perkara seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan perlulah diambil kira. Keyakinan bermaksud mempunyai pengetahuan tentang apa yang hendak dibuat. Manakala kesungguhan bermaksud kecekalan hati untuk mengatasi segala rintangan dan matlamatnya ialah untuk mencapai kejayaan. Sifat kesungguhan bukanlah satu anugerah tetapi ia dapat dipupuk melalui proses latihan.mempunyai objektiviti merupakan sifat yang selalu meneliti apa yang hendak dibuat dan memantau apa yang sedang dilaksanakan. Kemahiran merupakan syarat penting untuk melakukan segala tugasan. Penyesuaian ialah kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan semua keadaan yang berubah. Kebolehan untuk bekerja dalam kumpulan mempunyai kecekapan dan tahap motivasi yang tinggi.

Penilaian(Review)
Penilaian sangat penting kerana ia memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil. Kajian yang dibuat mendapati cara menyelesaikan masalah secara logikal sesuai untuk kerja senggaraan bukan kerja inovasi kerana berfikir secara logikal tidak mampu melahirkan idea-idea baru.  

Penyelesaian Masalah Secara Saintifik

1. Mengadakan hipotesis
Hipotesis seperti mengesahkan sama ada betul atau tidak Charles Darwin sendiri berasal daripada sepsis monyet  perlu diuji dan dibuktikan sama ada ianya betul atau salah.

2. Mengumpul maklumat
Peringkat ini dapat membezakan sesuatu kaedah itu  sintifik atau tidak saitifik. Bagi kaedah tidak saintifik setiap hipotesis atau assumption dianggap benar tanpa perlu ada bukti tentang kebenarannya.

3. Membuat kesimpulan
Satu kesalahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang dibuat secara tergesa-gesa (hasty generalisation atau paras pro toto) di mana dengan hanya satu bukti (yang kadang-kadang sangat lemah) terus dibuat sebagai kesimpulan. Sikap siantifik akan menagguhkan sebarang keputusan selagi belum memperoleh bukti atau maklumat yang tepat berkaitan sesuatu hipotesis.

Penyelesaian Masalah Secara Kreatif/ Lateral
Faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian yang kreatif ialah kerana, kita terlalu mempermudahkan sesuatu masalah, kita tidak mahu melihat lebih jauh daripada depan mata kita, dan kita tidak menyoal tentang semua andaian yang kita gunakan. 
Terdapat beberapa ciri untuk menyelesaikan masalah secara kretif atau lateral. Pertama, ia tidak bersifat kritikal seprti kaedah logik dimana ia suka menunda penialaian keran ia lebih mementingkan idea-idea baru tanpa mempedulikan ianya betul atau salah. Kedua, ia tidak bersifat analitikal seperti saintifik yang cuba memahami masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk mematuhi kebenaran.  Kaedah kretif dalam menyelesaikan sesuatu masalah bukannya menganalisis punca tetapi mencipta penyelesaian yang diangap membawa keuntungan. Kaedah kreatif dan lateral juga bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan tanpa diikat oleh logik sebab- akibat. Dengan sifat antilogik atau “water logic” ia bebas menerbitkan idea yang gila-gila dan songsang asalkan dapat membawa perubahan dan keuntungan. Matlamat pemikiran kreatif dan lateral ialah meruntuhkan tembok yang membelenggu kemajuan berfikir selama ini seumpama kebekuan fungsi (functional fixedness) atau kebekuan mental (mental set) yang menghalang seseorang melihat sudut baru dalam pemikirannya. 

Edward de Bono telah menjelaskan dalam bukunya, Six Thinking Hats (1985)” harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang secara berkumpulan.  

1. Topi Hijau
Sebagai lambang pemikiran yang kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea, topi ini perlu dipakai diperingkat permulaan untuk mencari idea alternatif.

2. Topi Kuning
Sebagai lambang pemikiran positif dan konstruktif, topi ini perlu dipakai untuk melihat faedah dan kebaikan setiap idea, terutamanya yang banyak mengandungi kelemahan.

3. Topi Putih
Sebagai lambang pemikiran objektif, topi ini dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

4. Topi Hitam
Sebagai lambang pemikiran negatif dan kritikal, topi ini bertujuan untuk mencari unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

5. Topi Merah
Sebagai lambang pemikiran emotif, topi ini dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea tertentu.

6. Topi Biru
Sebagai lambang langit diatas, topi ini dipakai oleh ketua untuk mengawasi topi lain bekerja.

Dalam buku “Six Action Shoes” (Edwad de Bono) keadah Enam Kasut Bertindak seperti: 

1. Kasut formal biru laut (Navy formal shoes) iaitu tindakan secara formal, biasa, mudah dan ringkas seperti kerja-kerja rutin.

2. Kasut kelabu (Grey sneakers), iaitu tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.

3. Kasut perang (Brown brogues) iaitu tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibal dan berkesan.

4. Boot oren (Orange gumboots) iaitu tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani.

5. Selipar merah jambu (Pink slippers) iaitu tindakan secara prihatin, perikemanusian, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.

6. Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes) iaitu tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.  

Penyelesaian Masalah Melalui Perasaan
Disebabkan terdapat kelemahan dan kegagalan dalam kaedah menyelesaikan masalah melalui pemikiran, maka wujudlah kaedah penyelesaian masalah melalui emosi atau perasaan. Kaedah pengurusan emosi ini berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang digunakan oleh Peter Salovey dari Universiti Harvard pada tahun 1990.

Konsep EQ ini kemudian dikembangkan oleh Daniel Goleman dari Universiti Harvard dalam bukunya yang berjudul “Emotional Intellegence” pada tahun 1995. Konsep kecerdasan emosi (EQ) tidak menekankan kepintaran atau pemikiran seseorang tetapi ia menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Menurut Salovey, kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama iaitu, kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain dan kebolehan menjalin persaudaraan. 

Kebolehan ini tidak dimiliki oleh individu sepenuhnya, tetapi ia dimiliki oleh orang-orang yang berbeza. Namun penting bagi seseorang individu mempunyai kebolehan dan kemahiran tersebut melalui latihan dan pengalaman dalam menghadapi masalah tertentu. Pendekatan melalui perasaan dalam menyelesaikan masalah sangat bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Sikap sabar, tenang dan waspada sangat diperlukan.

PENYELESAIAN SECARA ISLAM
Penyelesaian masalah secara Islam (al-Halli al-Ilami) mempunyai dua corak yang popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Walaupun kedua-dua pendekatan ini kelihatan terpisah tetapi ia saling melengkapi kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara keseluruhannya.  

Pendekatan Hukuman
Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Hukum qat’I dan Ijtihadi merupakan hukum yang tegas dan jelas tentang hukum ibadat, munakahat, dan jinayat hudud. Sebagai hukum yang jelas daripada Al-Quran dan al-Hadith, kesemuanya patut dipatuhi kecuali jika, darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua dan cacat mental. Jadi prinsip hukum merupakan sifat ubudiyah, bukannya sifat rasional dngan berfikir dulu sebelum melaksanakannya. Adapun hukum ijtihad yang bersifat rasional dimana ia berubah-ubah menurut masa dan tempat tetapi perlulah bersandarkan syarak Islam. Hasil daripada kegiatan ijtihad oleh tokoh-tokoh Imam Mujtahid maka berkembanglah pemikiran Islam dalam bidang hukum yang meliputi aspek ibadat, munakahat, muamalt, jinayat dan juga khilafah atau pemerintahan. Pada umumnya ciri (khasais) syarat Islam adalah Rabbani (ketuhanan), Alamiah (universal), Syumul (menyeluruh) dan Wasatiyyah (seimbang).   

Pendekatan Sufi
Pendekatan sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Terdapat sesetengah pihak menganggap hukum bersifat tegas dan keras tetapi pendekatan sufi bertindak lembut dan lunak. Penyelesaian masalah sufi memerlukan tiga perkara pokok iaitu, hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. 
Kedah penyelesaian masalah sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi: dimensi horizontal (proses tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri (takhalli) dari sifat- sifat buruk (mazmumah) dan menghias diri (tahaffi) dengan sifat- sifat baik (mahmuddah) ) dan dimensi vertical.  

Saturday, 6 June 2015

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Jika disebut mengenai sotong goreng tepung pasti teringat akan negeri pantai Timur. Agak susah untuk menjumpai sotong goreng tepung yang sesedap di Terenggganu. Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi resepi sotong goreng tepung yang pastinya dapat memikat selera para peminat sotong goreng. Selamat mencuba..



Bahan-bahan 

  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus


Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6.Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas.

Friday, 5 June 2015

BACAAN AL FATIHAH

27 KESALAHAN DALAM SURAH AL-FATIHAH

Terdapat 27 kesalahan yang selalu terjadi dalam bacaan Al-Fatihah. Mari kita semak bacaan al-Fatihah kita.



1. Sebutan huruf  berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf  pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf  tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf  tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf  tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf  digantikan dengan huruf 
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf  ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
.
9. Huruf  ditukar menjadi huruf 
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf  tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf  ditukar menjadi huruf 
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf  tidak disabdukan.
.
17. Huruf  ditukar menjadi huruf 
.
18. Huruf  ditukar menjadi huruf . Apabila huruf  berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf  kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf  dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan  , kemudian . Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan  kemudian 
.
21. Huruf  ditukar menjadi huruf 
.
22. Huruf  berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf  disebut dengan qalqalah.
.
24. Huruf  tidak ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf  ditukar menjadi huruf 
.
26. Huruf  tidak disabdukan.
.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

Wednesday, 3 June 2015

Panduan Berjimat Untuk Pelajar Kampus

Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang sendiri agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya anda gagal menguruskan kewangan dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar.

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus
Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50.Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurangkurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperoleh. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.

Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan
Sebagai pelajar, ada masanya anda akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka, yang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital; kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat, dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 3: Amalkan tabiat melabur
Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat lebih banyak pulangan. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukan kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada, anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah
Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar anda untuk menjadi lebih berhati hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Panduan 5: Potong kad kredit anda
Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memiliki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibu bapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibu bapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda
Sedar atau tidak, ramai yang tidak mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya, apabila anda menjimatkan elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak
Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula dakwat mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior / rakan / perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah. Oleh itu, ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis dan lain-lain) secara pukal di kampus.

Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda
Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam
Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan
Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuaspuasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar
mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.

Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar menelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorakkan kehidupan anda kelak. Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok dan menguja!

Rujukan
http://kps.1pengguna.com/filedownload/05%20BGP%20MEI%202012.pdf

Friday, 29 May 2015

RESEPI CHEESE KEK


BAHAN-BAHAN :

UNTUK KEK

-100 g tepung gandum
-60 g tepung jagung
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur 
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk 
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla 

CARA :

1. Ayakkan dahulu tepung gandum, tepung jagung, dan baking powder. 
2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. putar lagi, sebatikan.
3. Sediakan acuan yang telah dialas degan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah.

UNTUK KRIM

-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
- 50 ml UHT whipping cream
(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

UNTUK TOPPING

-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE')

(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)

CARA PENYEDIAAN :

1. Kek yang dimasak tadi disejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 bahagian,
2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5. Sebelum kek dipotong pastikan kek di simpan didalam peti ais selama 1-2 jam.

Friday, 22 May 2015

SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA


Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Ianya terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau bagaimanapun, Ketua  atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan  dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.



Yang di-Pertuan Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 1933 dan juga  merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960 ketika berusia 64 tahun. Beliau mangkat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

                                    Raja Permaisuri Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin 
Almarhumah Tuanku Puan Besar Kursiah telah  diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri MenantiNegeri Sembilan. Baginda merupakan Permaisuri Agong yang Pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangkatan Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960. Baginda mangkat pada 2 Februari 1999 di Kuala Lumpur  ketika berusia 87 tahun.  


Yang di-Pertuan Agong Kedua
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah 
Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 13 Mei 1898 di Istana Bandar Temasha, Kuala Langat, Selangor. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima pada tahun 1938. Baginda telah mangkat pada 2 September 1960 di Istana Tetamu, Kuala Lumpur  ketika berusia 62 tahun.

Raja Permaisuri Agong Kedua
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah binti Almarhum Raja Ahmad
Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah telah diputerikan pada tahun 1900 di Bandar Termasha, Kuala LangatSelangor. Baginda  merupakan Raja Permaisuri Agong Kedua yang bertakhta mulai 1 April 1960 sehinggalah kemangkatan Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1 September 1960. Baginda telah mangkat pada 8 April 1973.


Yang di-Pertuan Agong Ketiga
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Almarhum Tuanku Syed Putra telah diputerakan pada 25 November 1920 di Arau, Perlis. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Ketiga yang bertakhta dari 21 September 1960 sehingga 20 April 1965 dan merupakan Raja Perlis pada tahun 1945. Baginda telah mangkat pada16 April 2000 di Kuala Lumpur  ketika berusia 79 tahun.

Raja Permaisuri Agong Ketiga

Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
Almarhumah Tengku Budriah telah diputerikan pada 24 Mac 1928 di Kuala Krai, Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ketiga yang bertakhta dari 21 September 1960 sehingga 20 April 1965Baginda telah mangkat pada28 November 2008 di Hospital Kuala Lumpur  ketika berusia 80 tahun.


Yang di-Pertuan Agong Keempat
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah 
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keempat yang bertakhta dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970Baginda mewarisi takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1945 hinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1979. Baginda telah mangkat pada 20 September 1979 di Istana Badariah. Kuala Terengganu ketika berusia 72 tahun.

Raja Permaisuri Agong Keempat
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja 
Almarhumah Tengku Intan Zaharah telah diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Keempat yang bertakhta dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Baginda telah mangkat pada 24 Januari 2015 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur ketika berusia 86 tahun.


Yang di-Pertuan Agong Kelima
Seri Paduka Baginda Al- Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah telah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelima yang bertakhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed PutraRaja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kedah pada tahan 1958, setelah kemangkatan ayahandanya Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

         Raja Permaisuri Agong Kelima
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah telah diputerikan pada 24 Ogos 1930 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan Yang Raja Permaisuri Agong Kelima yang bertakhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Baginda telah mangkat pada 26 Ogos 2003 di Istana Kuala Cegar, Alor Setar, Kedah ketika berusia 73 tahun.


Yang di-Pertuan Agong Keenam
Seri Paduka Baginda Almarhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim 
Almarhum Tengku Yahya Petra  telah diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keenam yang bertakhta dari 21 September 1975 sehingga 29 Mac 1979Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kelantan dari tahun 1960 hingglah kemangkatannya. Baginda telah mangkat pada 29 Mac 1979 di Istana Negara, Kuala Lumpur  ketika berusia 61 tahun.

Raja Permaisuri Agong Keenam
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Zainab binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Mohamed Petra
Almarhumah Tengku Zainab telah diputerikan pada 7 Ogos 1917. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Keenam yang bertakhta dari 21 September 1975 sehinggalah kemangkatan Almarhum Tengku Yahya Petra iaitu pada 29 Mac 1979Baginda telah mangkat pada 10 Januari 1993 di Istana Negeri, Kota Bharu, Kelantan ketika berusia 75tahun.




Yang di-Pertuan Agong Ketujuh
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tungga, Pekan, Pahang. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Ketujuh yang bertakhta dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984. Baginda mewarisi takhta kerajaaan negeri Pahang pada tahun 1974 setelah kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah. 

Raja Permaisuri Agong Ketujuh
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad
Almarhumah Tengku Hajah Afzan telah diputerikan pada 4 Disember 1933 di KUala Terengganu. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ketujuh yang bertakhta dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984. Baginda telah mangkat pada 29 Jun 1988 di Pekan, Pahang ketika berusia 54 tahun.



Yang di-Pertuan Agong Kelapan
Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi 
Almarhum Sultan Iskandar telah diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bharu. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelapan yang bertakhta dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Baginda telah mangkat pada 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bharu ketika berusia 77 tahun.

Raja Permaisuri Agong Kelapan
Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Panglima Raja Ahmad 
Tuanku Puan Zanariah telah diputerikan pada 5 Julai 1940 di Pasir Mas, Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Kelapan yang bertakhta dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad bin Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Tengku Panglima Raja berperanan sebagai penabal Al Sultan Kelantan. 

 

Yang di-Pertuan Agong Kesembilan
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah 
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diputerakan pada 19 April 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesembilan yang bertakhta dari 26 April 1989 - 25 April 1994Baginda merupakan sultan dari negeri Perak Darul RidzuanBaginda telah mangkat pada 28 Mei 2014 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur ketika berusia 86 tahun


              Raja Permaisuri Agong Kesembilan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Perak, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Tuanku Siti Bainun telah diputerikan pada 7 November 1932 di Pulau Pinang. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Kesembilan yang bertakhta dari 26 April 1989 - 25 April 1994 dan Raja Permaisuri Perak ke-34. Baginda merupakan rakyat jelata pertama sebagai Raja Permaisuri Agong. 



Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 
Almarhum Tuanku Jaafar telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh yang bertakhta dari 26 April 1994 sehingga 25 April 1999. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Baginda telah mangkat pada 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan ketika berusia 86 tahun.

Raja Permaisuri Agong Kesepuluh
Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Tuanku Najihah telah diputerikan pada 1 September 1924 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Kesepuluh yang bertakhta dari 26 April 1994 sehingga 25 April 1999. 


Yang di-Pertuan Agong Kesebelas
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah 
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diputerakan pada 8 Mac 1926 di Kuala Langat, Selangor. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesebelas yang bertakhta dari 26 April 1999 sehingga 21 November 2001. Baginda ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan telah menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 – 2001). Baginda telah mangkat pada 21 November 2001 di Kuala Lumpur ketika berusia 75 tahun. 

Raja Permaisuri Agong Kesebelas
Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman 
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Kesebelas yang bertakhta dari 26 April 1999 sehingga 21 November 2001. 


                                 

Yang di-Pertuan Agong Keduabelas
Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Tuanku Syed Sirajuddin telah diputerakan pada 17 Mei 1943 di Arau, Perlis. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keduabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2001 sehingga 12 Disember 2006. Baginda telah mewarisi takhta sejak 17 April 2000 berikutan kemangkatan ayahandanya. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.

Raja Permaisuri Agong Keduabelas
Seri Paduka Baginda Tenku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid
Tenku Fauziah telah diputerikan pada 6 Jun 1946 di Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri  Agong Keduabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2001 sehingga 12 Disember 2006. Pada 14 Julai 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis.


Yang di-Pertuan Agong Ketigabelas
Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Tuanku Zainal Abidin telah diputerakan pada 22 Januari 1962 di Kuala Terengganu. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Ketigabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2006 sehingga 12 Disember 2011. Pada 26 April 2007 secara rasminya baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke-16.

Raja Permaisuri Agong Ketigabelas
Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri
Tuanku Nur Zahirah atau nama sebenar beliau Siti Rozita Binti Adil Bakeri telah dilahirkan pada 7 Disember 1973 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ketigabelas yang bertakhta dari 13 Disember 2006 sehingga 12 Disember 2011. 


Yang di-Pertuan Agong Keempatbelas
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah 
Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Keempatbelas yang bertakhta dari 13 Disember 2011 sehingga kini. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Raja Permaisuri Agong Keempatbelas
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun
Tuanku Sultanah Hajjah Haminah telah dilahirkan pada 15 Julai 1953 di BAgan Serai, Perak. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Keempatbelas yang bertakhta dari 13 Disember 2011 sehingga kini. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah.